Make your own free website on Tripod.com

Merekodkan data

Home

Membuat inferens

Mengenal pasti pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Mendefinisi secara operasi

Merekodkan data

Melukis graf

1.    Data ialah bacaan yang dikumpulkan dalam eksperimen.

2.    Jadual digunakan untuk mencatatkan data supaya lebih sistematik, kemas dan mudah difahami.

3.    Ciri-ciri jadual yang kemas ialah:

(a)    Pemboleh ubah dimanipulasikan ditulis pada lajur atau baris pertama mengikut tertib, sama ada menaik atau menurun.

(b)    Pemboleh ubah bergerak balas ditulis pada lajur atau baris kedua.

(c)    Di atas setiap lajur atau baris, nama kuantiti fizik serta simbol dan unitnya hendaklah ditulis.

(d)    Semua bacaan yang dicatatkan hendaklah mengikut kepekaan alat pengukuran yang digunakan, iaitu mempunyai tempat perpuluhan yang sama.

Jisim, Masa 10 ayunan, t/s   Tempoh,
m/kg t1 t2 Purata, t T = t/10 /s
1 26.9 27.9 27.4 2.74
2 36.4 42.5 39.5 3.95
3 43.0 39.0 41.0 4.10

Home | Membuat inferens | Mengenal pasti pemboleh ubah | Membuat hipotesis | Mendefinisi secara operasi | Merekodkan data | Melukis graf