Make your own free website on Tripod.com

Membuat inferens

Home

Membuat inferens

Mengenal pasti pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Mendefinisi secara operasi

Merekodkan data

Melukis graf

1.    Kaedah penyiasatan fizik bermula dengan menanya soalan-soalan yang sesuai tentang suatu fenomena yang diterokai (biasanya soalan tentang apa, mana, bila, mengapa dan bagaimana).

2.    Penaksiran awal dilakukan terhadap soalan-soalan ini dan proses ini dikenali sebagai membuat inferens.

3.    Membuat inferens bermaksud mentafsir atau menerangkan apa yang diperhatikan. Contohnya, apabila jarum galvanometer yang disambung kepada suatu gelung dawai terpesong, inferens yang dapat dibuat ialah arus teraruh dalam gegelung itu.

4.    Inferens merupakan kesimpulan awal yang dibuat berdasarkan pemerhatian. Kesimpulan awal yang dibuat ini mungkin benar ataupun salah. Untuk mengesahkannya, pemerhatian lanjut perlu dilakukan.

5.    Dalam penyiasatan saintifik, membuat inferens untuk menerangkan sesuatu pemerhatian merupakan satu titik permulaan untuk membuat hipotesis dan seterusnya melekukan eksperimen untuk menguji hipotesis tersebut.

6.    Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:

       (a)    Mengenal pasti masalah

       (b)    Membuat hipotesis

       (c)    Merancang eksperimen

               (i)    mengawal pemboleh ubah

               (ii)   menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

               (iii)  menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpulkan

                      data dan menganalisis data

       (d)    Menjalankan eksperimen

       (e)    Mengumpulkan data

       (f)     Menganalisis data

       (g)    Mentafsirkan data

       (h)    Membuat kesimpulan

       (i)     Membuat pelaporan

Home | Membuat inferens | Mengenal pasti pemboleh ubah | Membuat hipotesis | Mendefinisi secara operasi | Merekodkan data | Melukis graf